Dzulfaqar Hashim atau lebih dikenali sebagai Dzul adalah seorang yang sangat arif dalam pemasaran online, terutamanya pemasaran di media sosial.
Memegang diploma dalam Multimedia Design, beliau pakar dalam penghasilan grafik & video. Dengan pengalaman dan ilmu dalam email marketing, SMS marketing, Forum, & blog, beliau pernah disenaraikan sebagai Top #3 Affiliate di portal Ashadee pada 2013. Beliau juga pernah memiliki & mengendalikan portal berita hacking no #1 di Malaysia pada tahun 2012.
Pada 2015 sehingga sekarang, Dzulfaqar Hashim lebih tertumpu kepada pembangunan syarikat beliau bersama rakan iaitu Bumbu Agency Sdn. Bhd, sebuah agensi pemasaran & penghasilan media yang mempunyai hampir 15 orang pekerja tetap yang kesemuanya adalah Gen-Y & Z. Antara projek Bumbu Agency Sdn Bhd adalah membantu memasarkan produk-produk yang dutanya adalah artis seperti Olicandy (Fattah Amin), Triplewhite (Erra Fazira), Jellyta (Wanie Hasrita), Trudolly (Fazura), C-Clean Plus(Khai Bahar), dan banyak lagi.
Di samping itu, Dzulfaqar Hashim juga aktif mengadakan kelas & bengkel berkongsi ilmu pemasaran online kepada orang ramai menggunakan jenama #klinikfbads. Secara tidak langsungnya, sudah lebih dari 3000 orang yang menyertai program beliau ini. Alhamdulillah, bermula daripada sedikit ilmu serta perngalaman yang ada, akhirnya sekarang beliau mempunyai banyak cabang bisnes yang menghasilkan pendapatan tetap yang agak lumayan.
Lewat 2017, 1 syarikat baru iaitu ZL Business Solutions Sdn. Bhd. ditubuhkan dengan jenama Pertama iaitu Zaralina. ZL Business Solutions Sdn. Bhd. dengan visi utamanya iaitu memberi peluang kepada orang ramai berniaga sejurus melahirkan usahawan dari golongan suri rumah kini aktif dan rancak mengorak langkah untuk menjadi sebuah syarikat yang maju & lebih disegani.